Posts

Showing posts from September, 2017

ANUGERAH TERINDAH -2-

Ruang tamu rumah Datuk Dzakirin riuh rendah dengan hilai tawa Daiyan dan abang-abangnya yang sedang menonton persembahan kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega . "Ya Allah, bising betul kamu bertiga ni. Kalau orang tak tahu mesti orang kata ramai orang kat rumah ni. Apa yang lawak sangatnya?" Kata Datin Athirah sambil menatang dulang berisi seteko teh strawberi dan puding karamel. "Ni ha  mummy . Kitaorang tengah tengok maharaja lawak mega  mummy . Serius lawak. Sakit perut angah gelak. Hahahaha." Kata Danish. Dia menekan-nekan perutnya yang terasa senak akibat terlalu banyak ketawa. "Haah  mummy . Lawak tahap petala kelapan." Sambung Danial. Daiyan yang turut sama ketawa terhenti seketika selepas terlihat puding karamel kegemarannya diatas meja. Terus saja dia melompat tatkala melihat alongnya sudah berura-ura mahu mengambil puding itu. "Apa ni adik ? Along dapat dulu kan? Ish budak ni, nasib baik tak patah betis along adik lompat macam tu....

ANUGERAH TERINDAH -1-

           Diana Zhafirah tersedar daripada lenanya apabila sinaran mentari menorobos masuk melalui langsir sliding door biliknya.Matanya dipejam rapat, cuba menghalang sinaran matahari tadi daripada membuat sebarang sentuhan dengan iris matanya. Dia menggeliat, masih tidak bangun daripada tempat kegemarannya. Melihat jam sudah menunjukkan angka 7:16 minit pagi, Diana gagahkan diri untuk bangun daripada perbaringan lalu mengheret badan ke bilik air. Ikutkan hati nak aje dia tidur sampai tengah hari, tapi apakan daya, kelas Profesor Zawawi seakan-seakan sedang menyeru jasadnya. Usai membersihkan badan tiba tiba terdengar ketukan di pintu biliknya. Tok ! Tok ! Tok ! "Diana kamu dah bangun ke belum? Matahari dah tegak atas kepala ni sayang! Cepat bangun nanti lambat pula kamu ke kelas!" Kejut Datin Athirah. Dia masih mengetuk pintu kayu bilik puteri kesayangannya. Bila tak ada sahutan, tangan Datin Athirah sudah berada di tombol pintu, sedia nak masuk...