ANUGERAH TERINDAH -2-


Ruang tamu rumah Datuk Dzakirin riuh rendah dengan hilai tawa Daiyan dan abang-abangnya yang sedang menonton persembahan kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega .
"Ya Allah, bising betul kamu bertiga ni. Kalau orang tak tahu mesti orang kata ramai orang kat rumah ni. Apa yang lawak sangatnya?" Kata Datin Athirah sambil menatang dulang berisi seteko teh strawberi dan puding karamel.
"Ni ha mummy. Kitaorang tengah tengok maharaja lawak mega mummy. Serius lawak. Sakit perut angah gelak. Hahahaha." Kata Danish. Dia menekan-nekan perutnya yang terasa senak akibat terlalu banyak ketawa.
"Haah mummy. Lawak tahap petala kelapan." Sambung Danial. Daiyan yang turut sama ketawa terhenti seketika selepas terlihat puding karamel kegemarannya diatas meja. Terus saja dia melompat tatkala melihat alongnya sudah berura-ura mahu mengambil puding itu.
"Apa ni adik ? Along dapat dulu kan? Ish budak ni, nasib baik tak patah betis along adik lompat macam tu." Kata Danial. Betisnya digosok perlahan. Mana tak patah kalau gaya adiknya melompat dah rupa apa tah.
"Along ni macam tak tahu pulak. Adik ni kan hantu puding karamel. Hantu kpop pun ya jugak. Macam la tak biasa." Sampuk Danish. Kesian abang aku yang sorang ni.
"Diam ah Angah. Sukati je kata adik." Daiyan membangkang.
"Ha satu lagi hantu yang tak lain dan tak bukan hantu game clash of zombies. Sebut saja COZ Daiyan Zhafirah lah juaranya." Sambung Datuk Dzakirin. Mereka semua ketawa kecuali Daiyan yang sudah monyok mukanya.
"Daddy pon sama macam angah. Tak nak kawan daddy dengan angah. Adik nak merajuk." Daiyan memeluk Datin Athirah disebelahnya.
"Alolo, jangan la merajuk sayang. Angah gurau saja. Nanti angah belanja aiskrim magnum. Nak ke tak nak?" Kelemahan Daiyan : Magnum White Almond.
"Tahu saja kelemahan adik. Nak lah Siapa saja yang tak nak. White almond tau angah. Sebab tu adik sayang angah." Daiyan mencium pipi Danish.
"Aik? Sayang angah aje? Daddy?" Sampuk Datuk Dzakirin.
"Daddy pon sayang jugak." Kata Daiyan lalu memeluk Datuk Dzakirin.
๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€
"Along bila nak balik States?" Tanya Datuk Dzakirin kepada Danial.
"Sabtu nanti rasanya daddy. Senang cerita tak pasti lagi bila. Lagipun kerja kat ofis dah setinggi gunung Himalaya agaknya. Angah nak balik bila?" Orang tanya dia dia tanya orang balik.
"Angah ikut along. Kalau along sabtu angah pun balik sabtu jugak. Angah kan pak turut along. Like always." Sempat lagi Danish Zhafran berloyar buruk.
"Alaaa.. Along dengan angah dah nak balik States ke? Cepatnya.. Tinggal lah lama sikit dekat sini. Nanti along angah balik adik dah tak ada kawan. Bosan la nanti. Nanti adik kawan dengan mummy dengan daddy aje." Kata Daiyan. Sedih pulak hatinya. Terasa seperti baru semalam dia menyambut abang-abangnya di KLIA 2.
"Sayang, kalau boleh along pun taknak balik sana. Tapi nak buat macam mana, I have lot of things to do. Nanti ada cuti along balik lagi ye? Jangan la sedih-sedih macam ni. Next time I come home, I will sponsor you a 7 days 6 nights VVIP tickets to Korea. Okay? Danial menabur janji. Hatinya juga sedih kerana terpaksa meninggalkan adik kesayangannya.
"Betul tu along. Kalau tak nak pisah jugak, adik further study dekat sana. Angah kan ada? Nanti angah balik cuti sem kita boleh pergi Korea sama-sama. If there's a chance, we may attend Exo concert there. Adik tak pergi kan yang Malaysia punya?" Danish cuba menyogok adiknya dengan konsert EXO. Daiyan kan kepohpers.
"Biasanya kalau cuti sem adik kan pergi States. Tak pun London. Macam mana nak pergi angahku?" Daiyan memperli Danish. Abangnya itu tersengih.
Danial menguruskan rangkaian syarikat Datuk Dzakirin di U.S. Danish pula sedang menjalani latihan praktikal disyarikat daddynya yang diurus oleh Danial. Manakala Daiyan mengambil kos kejuruteraan kimia yang agak 'lari' dari cabang pengajian yang diambil abang-abangnya. Datuk Dzakirin tidak pernah menghalang mereka untuk memilih kos pengajian yang diminati. Buat apa nak paksa kalau dah tak minat?
Jari kelingking mereka dikaitkan tanda mengikat janji. "I'll keep your promises. That's why I love you bruh." Kata Daiyan senang.
Datuk Dzakirin dan Datin Athirah tersenyum manis. Ada-ada saja telatah Daiyan Zafhirah yang mencuit hati
๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€
Pagi itu Daiyan terlambat ke kolej kerana terlupa mengunci jam locengnya. Nasib baik angahnya baik hati nak tolong hantarkan. Kalau tak? Naya kau Daiyan. Tu la lain kali bangun lambat lagi.
Dia memulas tombol pintu bilik kuliahnya dengan perlahan. Hatinya ditabahkan sehabis mungkin mahu menerima perlian Prof Alif. Namun sangkaannya meleset sama sekali apabila dewan kuliah itu hanya bising dengan suara pelajar. Husna melambai-lambai tangannya ke arah Daiyan yang masih tercegat seperti tiang bendera di muka pintu.
'Prof Alif dah masuk ke? Asal bising?'
"Weh apa kau buat dekat muka pintu tu tadi? Dah pasang niat ak jadi tiang bendera ke? Tanya Husna setelah Daiyan melabuhkan punggung disebelahnya.
"Ish kau ni. Bukanlah. Tadi tu aku ingat Prof Alif dah ada. Tapi aku tengok dewan bising. Blur kejap. Reti?" Kata Daiyan menjelaskan kedudukan sebenar.
"Oooo." Tiba-tiba pintu bilik kuliah itu dibuka. Dewan kuliah yang tadinya bingit senyap secara automatik. Mereka memfokuskan pandangan kearah susuk tubuh yang berada di muka pintu.
"Assalamualaikum, I'm sorry for bothering you guys. But, may I meet Daiyan Zhafirah Bt Dzakirin Hanan? Where she is?" Kata lelaki itu. Semua mata beralih memandang Daiyan yang masih terkulat-kulat di tempat duduknya.
Siapa pulak mamat tu? Muka macam kenal?
"Weh pergi lah sana. Dia panggil kau tu. Handsome sia. Cair aku." Husna mencuit pinggang Daiyan yang masih kaku.
"Bapak hensem doe mamat tu. Bergetar sangkar rusuk aku. Untung betul Daiyan. Semalam aku nampak dia balik dengan abang hensem naik BMW M6 kau. Harini ada mamat handsome panggil pulak. Is she that famous?" Kedengaran suara Iffah berbisik bersama rakannya dibelakang tempat duduk Husna dan Daiyan.
"Kan. Kau tak tahu masa tu aku nampak dia lunch dengan Prof Alif kecik kat kafรจ. Siap bergelak ketawa lagi. Dhasyat kau" sambung Ain.
"Weh tak baik lah cakap dia macam tu. Prof Alif tu sebenarnya anak angkat famili Daiyan. Dia rapat gila dengan abang Daiyan tak silap aku." Kali ini Rei pula mencelah.
"Mana kau tahu? Dia bagitahu kau ke?" Iffah bertanya tidak puas hati.
"Haah. Dia cakap kat aku masa tu sebab dia tak nak nanti timbul gosip kata dia dengan Prof Alif date with each other." Jelas Rei. Forum gosip mereka terhenti setelah mendapat jelingan maut Husna.


Comments

Popular posts from this blog

ANUGERAH TERINDAH -1-

MBC MUSIC FESTIVAL 2017